Sabtu, 20 Oktober 2012

Sudah Benarkah Cinta kita kepada Rosulullah S.A.W..

Ingat kepada Rosulullah tetapi tidak cinta dan tidak mengikuti sunahnya adalah sia-sia. Jika kecintaan kepada Rosulullah sudah meresap kedalam darah daging, pastinya setiap gerak gerik sesorang pasti akan senatiasa dibanyangi gerak gerik Rosulullah S.A.W.

Ingat kepada Rosulullah tetapi tidak ada rasa cinta kepada Beliau dan tidak diikuti perbuatan yang sesuai dengan sunahnya, bahkan tidak merasa bertanggung jawab menjaga syariat dan ajarannya adalah ingatan yang sia-sia.

***

Setia hari banya ilmuan Islam yang cerdik dan pandai mengkaji sirah Rosulullah S.A.W. sehingga menghasilkan bebrapa resolusi penting untuk masa depan umat. Seiring dengan usaha yang mulia itu banyak perubahan positif yang berhasil mendewasakan umat akan tetapi tidak mungkin menutup mata terhadap penyalewengan yang di lakukan secara terang-terangan oleh generasi Islam di abad modern dan canggih ini.

Mereka lahir 1.500 tahun selepas wafatnya Baginda Salallahu'alaihi Wasalam, dengan diasah oleh kebudayaan yang lahir selepas jatuhnya Islam yang mangakibatkan lunturnya semangat Islam pada generasi Islam di masa sekarang ini.

Yang pertama adalah mereka yang meninggalkan pegengan agama dalam kehidupan, dan condong kepada kebudayaan Timur atau Barat dan mengikuti pemahaman buatan manusia tananpa mengambil sesuilpun prinsip Rosulullah S.A.W.

Lapisan yang kedua adalah yang menolak semua selain Islam dan sayangnya interpretasi mereka mengenai Islam terlalu kolot dan tidak berkompromi. Sering mentafsirkan prinsip agama secara tekstual, tidak memahami tempat dan suasan yang memerlukan pendekatan  berbeda dalam mengaplikasikan syariat.

Lapisan ketiga adalah umat sederhana yang dalam bahasa Al-Qur'an di sebut " Ummatan Wasathan", umat pertengahan yang menerima konsep teknis baru diluar Islam dan berpegang pada tali kukuh pegangan ahli sunnah wal jamaah.

Umat yang memandang ke Timur atau ke Barat dan tempat kemana saja tempat segala kebaikan dapat dimanfaatkan untuk kejayaan agama Allah. mereka senantiasa berfikir apakah sumbangan yang dapat di beri untuk Islam supaya perjuangan Rosulullah dapat disambung sehingga tiada yang lebih tinggi selain kalimat Allah S.W.T.

siapakah yang mampu menggantikan Hamzah di sisi Baginda SAW yang setia membela Islam hingga dadanya terkoyak, tercabut jantungnya dan di kunyah-kunyah darah daging kecintaan Nabi itu? ketika ingak kepada Rosulullah bertanyalah pada diri sendiri dimanakah kita ketika dakwah Rosulullah menagih janji penolongnya?


Tidak ada komentar:

Posting Komentar